AMK Johor bantu program perbersihan pasca banjir Selangor sepenuh daya
- Redzuan Shamsudin
- Dec 27, 2021
- 1 min read

Bencana banjir yang melanda Selangor minggu lalu dan menenggelamkan sebahagian Shah Alam juga Klang mengundang sukarelawan dari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor turun membantu.
Menurut Pengarah Komunikasi AMK Johor, Firdaus Zainal, sejak hari pertama banjir AMK Malaysia telah dikerahkan membantu dan tidak terkecuali AMK Johor.
"AMK Malaysia telah menggerakkan jentera bantuan secara penggiliran mengikut keterlibatan negeri-negeri yang turut dibantu badan bukan kerajaan.
"AMK Johor ditugaskan bersama-sama AMK Kedah, Perak, Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Ketua Biro Mahasiswa Keadilan, saudara Haziq Azfar Ishak bersama-sama sukarelawan mahasiswa membersihkan kediaman penduduk Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah dekat Klang (semalam)," kata Firdaus.

Kata beliau lagi, Ketua AMK Johor turut yang baharu sehari merayakan Krismas juga turun membantu bersama barisan anggota AMK yang lain.
"Ketua AMK Johor, R Yuneswaran turun membantu meskipun baru sehari menyambut perayaan Krismas bersama keluarga. Turut serta setiausaha AMK Johor saudara Fakharuddin, Exco Lee Ming Wen, Ketua AMK Ledang saudara Nasir dan rakan-rakan.
"Bermula seawal 9 pagi, Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, dibantu AMK Selangor mengkoordinasi sukarelawan dan membahagikan kumpulan untuk membersihkan puluhan kediaman yang terjejas.
"Malah lebih mengujakan para sukarelawan, YB Nurul Izzah Anwar turun hadir menjayakan misi bantuan pasca banjir ini.
"Syabas kepada ratusan sukarelawan dan anggota AMK Malaysia," katanya lagi.
AMK Johor semalam ditugaskan untuk melaksanakan program pasca banjir di kawasan Klang dan berjaya membersihkan ratusan buah rumah dan kawasan yang terjejas akibat banjir besar pada 18 - 21 Disember lalu.
Comentarios