top of page

AMK Johor anjur kutipan derma, sukarelawan pembersihan banjir Selangor



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menganjurkan kutipan derma bagi mangsa banjir di Selangor.


Semalam, Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir menerima sejumlah derma dari AMK Batu Pahat untuk digunakan dalam misi khas ke Selangor, Ahad ini.


"Hari ini saya luangkan masa di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru.


"Selain urusan kawasan, juga teliti inisiatif misi bantuan banjir AMK termasuk pergerakan jentera dan operasi pembersihan.


"Petang tadi juga saudara Salmin hadir menyerahkan kutipan sebanyak RM3,000 yang berjaya dikumpulkan oleh AMK Batu Pahat.

Sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Bencana Banjir AMK," katanya.


Menurut Akmal lagi, AMK Malaysia mengajak para sukarelawan turun membantu operasi pembersihan bersepadu yang akan dijalankan sepanjang hari Ahad, 26 Disember ini


Lokasi berkumpul bagi sukarelawan adalah di Dewan Serbaguna Hamid Tuah, Teluk Gong, Klang, Selangor.


Sukarelawan berminat diminta mendaftar di https://bit.ly/SukarelawanPascaBanjirSgor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page