top of page

AMK Johor agih bantuan penduduk terjejas PKP di Parlimen Tenggara

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 9, 2021
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor baru-baru ini mengagihkan bantuan untuk penduduk di Parlimen Tenggara yang terjejas pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut Ketua AMK Kota Tinggi, Fakharuddin Moslim, bantuan yang segera diberikan atas arahan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir amat membantu penduduk berkenaan.


"Sebelum ini saya telah berhubung dengan pegawai di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru, selaku Penyelaras KEADILAN bagi DUN Panti, untuk disumbangkan kepada penduduk di sekitar Parlimen Tenggara.


"Kemudian Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir telah sudi turun ke Tenggara dan serahkan sumbangan terus kepada KEADILAN Cabang Tenggara.


"Kehadiran YB Akmal disambut Wakil Cabang Tenggara, saudara Shahdan, yang mewakili ketua cabang, saudara Shamsuri, ketua AMK Tenggara, saudara Syaamil dan anggota KEADILAN Cabang Tenggara," katanya.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua AMK Malaysia atas sumbangan berkenaan yang diharap memberi manfaat kepada penduduk di Parlimen Tenggara, khususnya menghadapi tempoh lockdown.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page