top of page

AMK Johor agih bantuan pasca banjir di Segamat



Ketika BN Johor sedang menghitung hari sama ada mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri selepas Tahun Baharu Cina ini atau pada bulan Mac, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia pula sibuk mengagih agihkan bantuan pasca banjir kepada mangsa banjir di Segamat.


Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, bantuan yang tiba dari penyumbang yang dermawan akan diagihkan ke kampung kampung yang terjejas teruk akibat banjir awal Januari lalu.


"Rakan rakan dari Muar, Simpang Renggam semua ada hari ini untuk menyampaikaan sedikit sumbangan di Segamat.


"Selepas ini kami akan masuk ke beberapa kampung. Ada (bantuan) periuk masak, ada dapur, ada makanan, selimut, tilam sebagainya," kata Akmal dalam satu siaran media.


Bebeza dengan bantuan banjir sumbangan kerajaan BN yang memerlukan mangsa banjir disahkan keberadaan mereka di Pusat Pemindahan Sementara untuk melicinkan agihan, kata Akmal, bantuan dari AMK tidak memerlukan sebarang surat pengesahan dan diberi kepada mangsa mangsa yang telah dikenalpasti.


"Bantuan kami agihkan ini inshaAllah akan diberi kepada pihak sepatutnya. Walaupun tiada surat, kita akan pastikan ia sampai ke mangsa mangsa banjir," katanya lagi.


Turut sama dalam jelajah sumbangan bantuan itu ialah Ketua AMK Wilayah Persekutuan P Prabakaran, Setiausaha MPN KEADILAN Johor Naim Jusri, Ketua AMK Melaka Prasanth Kumar, Ketua AMK Segamat Karunan, Ketua Penerangan AMK Johor Taufiq Ismail, Peng. Komunikasi AMK Johor Firdaus Zainal, Timb. Peng Strategi AMK Johor Suria Vengadesh dan Ketua Skuad AMK Johor Ruvan Rajes.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page