top of page

AMK jangan ikut rentak politik lawan - Akmal



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir menegaskan pergerakan itu tidak akan mengikut rentak politik BN atau PN dalam Pilihan Raya Negeri Johor.


"Bila sebut lawan jangan kita terikut rentak politik sebelah sana. AMK memilih untuk mengangkat isu anak muda. Kita telah mengangkat 5 isu anak muda yang sangat relevan. Maka anak muda ada sebab untuk keluar mengundi kali ini.


"AMK mencadangkan kepada kepimpinan parti 30% (kuota) atau 6 calon daripada 20 kerusi adalah calon muda," katanya usai sidang media bersama Presiden KEADILAN semalam.


Bagi kualiti calon AMK, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata pergerakan itu mempunyai calon calon yang berkualiti dan profesional serta akan diyakini pengundi.


"AMK ada kelebihan untuk calon profesional, akar umbi dan sebagainya. Isunya bukan sekadar calon semata mata tetapi biarlah AMK angkat isu anak muda.


"AMK setiap Cabang akan tetap membantu (kempen di kawasan yang tidak tercalon) kerana kemenangan calon KEADILAN kita akan bawa suara anak muda," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page