top of page

AMK hantar bantuan banjir ke Pantai Timur



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggerakkan misi bantuan ke kawasan terjejas banjir di Pantai Timur.


Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly memaklumkan misi pertama digerakkan Jumaat lalu bagi menghantar bantuan barangan keperluan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh kawasan Parlimen di negeri Kelantan.


Antara barang-barang keperluan yang dibawa dalam misi tersebut antaranya keperluan kritikal seperti susu formula dan air mineral.


"Sebenarnya, misi pertama ini memberi tumpuan kepada keperluan mangsa banjir yang masih lagi berada di PPS. Kita akan ada misi kedua melibatkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan-kawasan terjejas," katanya semasa pelepasan misi bantuan banjir AMK Perak di Bandar Meru Raya di Ipoh.


Misi itu jelasnya diketuai AMK Pusat dan AMK Perak dan turut dibantu AMK Perlis, AMK Kedah serta AMK Pulau Pinang yang ditugaskan untuk membantu di kawasan terjejas di negeri Kelantan.


Sementara sayap AMK dari negeri-negeri lain menurutnya akan menghantar bantuan ke Terengganu.


Mengulas mengenai misi bantuan untuk bencana banjir yang turut berlaku di Perak, Zaim Sidqi menjelaskan pihaknya sudah bersiap sedia dengan keperluan bagi mangsa-mangsa banjir di Perak dan sukarelawan juga telah diatur membantu.


Misi ke Pantai Timur disegerakan memandangkan situasi bencana yang lebih teruk di kawasan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page