top of page

AMK Gombak berdiri teguh bersama MB Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.


Ketua AMK Gombak, Haris Harahap berkata, sikap Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam mengulas isu penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam KEADILAN adalah matang dan berwibawa.


Oleh itu, katanya, AMK Gombak menolak sebarang spekulasi yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian dalam pentadbiran negeri mahupun dalam parti.


"Kepimpinan (MB) Datuk Seri Amirudin tidak boleh dipersoalkan. Beliau adalah tokoh reformasi yang telah melalui liku perjuangan sejak usia muda, dan kini menggalas amanah besar memimpin negeri paling maju di Malaysia dengan rekod pencapaian yang terbukti.


"AMK Gombak berpandangan bahawa penyertaan mana-mana individu ke dalam KEADILAN wajar dilihat sebagai usaha memperkukuh saf perjuangan.


"Sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh pimpinan parti harus disambut dengan semangat perpaduan dan bukan prejudis.


"Namun penyertaan Tengku Zafrul ke dalam KEADILAN haruslah melalui proses yang sepatutnya dengan perbincangan bersama rakan rakan komponen Kerajaan Perpaduan bagi menjaga keharmonian yang telah dibina dengan baik selama ini," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Haris, AMK Gombak akan terus bersama agenda reformasi Amirudin sama ada dalam memajukan Selangor mahupun parlimen Gombak.


"AMK Gombak akan terus menjadi benteng mempertahankan kestabilan negeri dan parti.


"Kami berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari dalam meneruskan agenda reformasi, demi masa depan rakyat dan generasi akan datang," katanya lagi.


Terdahulu, spekulasi bertiup kencang menjangkakan Amirudin akan berperanan di peringkat Persekutuan susulan peletakan jawatan dua menteri kabinet.


Manakala jawatan MB Selangor dispekulasikan akan diserahkan kepada Tengku Zafrul berikutan beliau meninggalkan UMNO kelmarin dan menyatakan hasrat untuk menyertai KEADILAN.


Bagaimanapun berdasarkan laporan media semalam, Amirudin dalam nada bersahaja mahu Zafrul yang menunaikan haji ke Mekah mendoakannya kekal sebagai MB Selangor.


"Insya-Allah saya kekal jadi MB (Menteri Besar), dia (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) nak pergi haji, saya minta dia doakan," katanya dipetik Metro.


Hal itu menurut Amirudin sukar untuk mengganti MB pada waktu bersisa dua tahun sebelum pilihan raya umum.


Calon MB yang bukan Ahli Dewan Negeri, perlu melalui pilihan raya kecil sedangkan parti perlu menumpukan usaha menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page