top of page

AMK, Food Bank Malaysia bantu golongan miskin di Kedah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 28, 2020
  • 1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah meneruskan misi bantuan kepada golongan memerlukan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang belum berakhir.


Menurut Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari, kerjasama dengan Food Bank Malaysia amat dihargai kerana pihak NGO berkenaan telah menyumbang bantuan pek-pek makanan yang mudah diagih-agihkan.


"AMK Kedah menerima sumbangan berbentuk pek makanan daripada Food Bank Malaysia untuk diberi kepada golongan memerlukan di ke semua 15 kawasan Parlimen seluruh negeri Kedah.


"Kedah merupakan negeri pertama pilihan Food Bank Malaysia dalam siri jelajah mereka.


"Barangan yang diterima ini akan diagih-agihkan secara sama rata kepada kawasan Parlimen melalui AMK dan mereka akan menyampaikan sumbangan kepada individu atau keluarga yang layak," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Firdaus mengucapkan ribuan terima kasih kepada Food Bank Malaysia dengan bantuan yang dapat meringankan beban golongan susah dan miskin ketika negara masih dilanda wabak Covid-19.


Sumbangan Food Bank Malaysia diserahkan oleh Nazrin Chik kepada AMK Kedah di pejabat KEADILAN Kedah.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page