top of page

AMK Cabang Simpang Renggam agih bantuan beras kepada Ranting

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 11, 2021
  • 1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Simpang Renggam, Johor baru-baru ini mengagihkan beras kepada ketua-ketua Ranting untuk diberi pada penduduk di kawasan masing-masing.


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Simpang Renggam, Firdaus Zainal, 25 kampit beras diagihkan kepada setiap Ketua Ranting dan juga pimpinan yang kerap membantu di kawasan.


"Agihan dibuat di Layang-Layang, Ladang Ulu Remis, Renggam, Kg Chokro, Ladang Nenas, Bukit Keremoiyang, Felda Ayer Hitam dan Kg Sri Lalang menjadi lokasi checkpoint


"Pada akhir bulan lalu agihan yang sama dibuat kepada Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, Wong Young Chin yang juga berperanan selaku Penyelaras KEADILAN DUN Layang-Layang," katanya.


Belau turut mengucapkan penghargaan kepada "Ejen-Ejen Rakyat Simpang Renggam" seperti saudara Letchu, Pak Mail, saudara Halim, Pak Ya, Pak Teh, Tok Jamil, saudara Rondo, Sukri juga Suhaimi yang tidak jemu-jemu turun membantu program rakyat anjuran AMK.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page