top of page

AMK buat laporan SPRM secara terbuka tawaran sogokan PM Mahiaddin


LAPORAN SPRM: Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur-unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memberi impak negatif kepada kedaulatan undang-undang dan menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan di negara kita.

Dalam Ucapan tersebut, Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dengan jelasnya mengakui bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.


Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun, daripada meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dalam Ucapan tersebut telah membuat pelbagai tawaran yang berbentuk sogokan kepada seluruh ahli Dewan Rakyat bagi mendapat sokongan mereka untuk membolehkan beliau kekal menjadi Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, AMK telah mengesyaki bahawa Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang berikut:

Seksyen 21 Penyogokan pegawai badan awam: Menawarkan suapan kepada seseorang pegawai badan awam sebagai dorongan agar pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana mesyuarat badan awam itu bagi menyokong atau menentang apa-apa langkah, ketetapan atau soal yang dikemukakan kepada badan awam itu.

Memandangkan unsur sogokan tersebut dibuat secara langsung di televisyen, maka AMK kemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara terbuka.


Oleh itu, AMK membuat laporan ini supaya siasatan dapat dijalankan ke atas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin.

Sekian sahaja laporan AMK bertarikh 14 Ogos 2021.


AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia


CHIEW CHOON MAN

Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Malaysia

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page