top of page

AMK buat laporan polis terhadap PM, Takiyuddin

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jul 29, 2021
1 min read

Angkatan Muda KEADILAN membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Undang-undang, Datuk Takiyuddin Hasan berhubung pembatalan proklamasi darurat.


Naib Ketua AMK, Thiban Subramaniam berkata, laporan polis itu dibuat selepas mendapati tindakan Perdana Menteri, Menteri Undang-Undang serta Peguam Negara bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.


Malah katanya, pembatalan itu belum diperkenankan oleh Agong.


"Persoalan itu tidak dijawab langsung dan terus diselindung oleh speaker dan tidak memberikan penjelasan malah ditangguh hingga hari Isnin minggu depan.


"Agong juga meminta soal darurat dibahas dan dibentangkan di Parlimen, tetapi apa yang kita nampak speaker dan menteri tidak ambil inisiatif langsung untuk berbuat demikian malah, pembatalan dibuat dengan tergesa-gesa.


"Saya mengesyaki, Menteri Undang-Undang, Perdana Menteri dan Peguam Negara telah membuat sesuatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, tidak menghormati institusi raja dan melanggar Perlembagaan.


"Saya percaya tindakan membelakangkan Agong adalah perbuatan penderhakaan terhadap institusi diraja, pecah amanah dan jenayah bercanggah dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


"Hari ini saya mewakili AMK membuat satu laporan agar satu siasatan dijalankan kerana jelas mereka mengkhianati dan membelakangkan prinsip Perlembagaan," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page