top of page

Tawar Ku Li jawatan: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia membuat laporan polis secara rasmi di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini.


Setiausaha pengelola AMK, Chua Wei Kiat berkata laporan polis itu dibuat kerana tawaran Muhyiddin mempunyai unsur sogokan politik.


"Perdana Menteri menawarkan jawatan penasihat Petronas kepada Ku Li, tetapi beliau menolak jawatan tersebut, namun apa yang penting adalah kerana ia melibatkan Perlembagaan dan mempunyai unsur sogokan jawatan politik.


"Tindakan penyogokan ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan AMK membuat laporan rasmi supaya pihak polis boleh lakukan siasatan secepat mungkin supaya tindakan seperti ini dapat dibuktikan," katanya di hadapan Balai Polis Dang Wangi, hari ini.


Pada masa sama, Wei Kiat berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan profesional.


"Kalau kita tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanggar apa-apa peraturan pun tetapi dia tetap disiasat.


"Tetapi apa yang diperkatakan oleh Ku Li adalah jelas dan polis boleh lakukan siasatan segera, tindakan boleh diambil bagi menghentikan aktiviti penyogokan politik demi mengukuhkan kuasa sendiri.


"Perkara ini tidak sihat dan tidak adil kerana Muhyiddin menggunakan sumber kerajaan dan jawatan kerajaan persekutuannya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai perdana menteri," katanya.


Tambahnya, AMK akan turut membuat laporan polis di setiap negeri dan setiap cabang KEADILAN bagi menggesa pihak berkuasa supaya membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin.


Wei Kiat yang juga ADUN Rawang menggesa Muhyiddin supaya meletakkan jawatan kerana menganggap beliau sudah kehilangan majoriti dalam kalangan ahli-ahli parlimen.


"Dalam dua tiga hari ini, Ku Li, Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen dari parti Pejuang menunjukkan rasa tidak percaya kepada perdana menteri.


"Ini sangat jelas bahawa Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.


"Justeru, AMK menyeru Muhyiddin supaya meletakkan jawatan bagi menggantikan dengan seorang pimpinan yang mempunyai majoriti dari Ahli Parlimen," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page