top of page

AMK bimbang sentimen 3R makin menjadi-jadi



Kerajaan Perpaduan didesak mengambil tindakan lebih drastik terhadap pihak yang berterusan memainkan isu 3R; bangsa, agama dan raja.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak melahirkan rasa bimbang dengan trend sentimen berbaur keagamaan dan perkauman yang dilihat semakin banyak dimainkan oleh pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


"Tatkala pembentukan Kerajaan Perpaduan itu, kalau tengok di TikTok, itu adalah puncak tertinggi di mana isu-isu perkauman, nak sembelih orang-orang lain dan sebagainya.


"Ini cukup menyedihkan yang berlaku di negara kita. Bila Kerajaan Perpaduan ini dibentuk, ia (sentimen itu) reda sedikit tetapi sekarang ini kita tengok trend cuba nak meningkat balik.


"Kita cukup risau dan saya rasa kerajaan perlu mengambil tindakan lebih drastik daripada sekarang untuk mengekang perkara ini," katanya ketika dalam program Wacana Sinar Siri ke 402 yang bertajuk PRN: Debar Menunggu Bubar.


Tambah Haziq Azfar, sentimen seperti itu dibimbangkan akan memberi kesan kepada anak muda yang akan membentuk prasangka buruk kepada bangsa-bangsa lain.


"Yang saya paling terkejut, isu perkauman yang dibangkitkan baru-baru ini adalah isu-isu yang Barisan Nasional (BN) sendiri pun tak berani nak bangkitkan sebelum ini.


"Kalau nak tengok kepada kepentingan parti sahaja, tidak apalah kalau rasa nak menang, mereka nak guna cara yang bahayakan fabrik sosial negara.


"Tetapi kesannya itu kepada anak-anak muda kita sekarang ini yang tidak ada rasa kasih sayang, berprasangka buruk kepada anak-anak bangsa yang lain tanpa sebarang asas. Jadi itu sebenarnya cukup membimbangkan," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page