top of page

AMK bidas Pas: 'Fokus isu Tabung Haji sebelum sembang geopolitik'

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 55 minutes ago
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar Pas yang dilihat terlalu ghairah mengajar Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai konflik China-Taiwan.


Ketua Penerangannya, Danish Hairudin (gambar) mengesa parti itu supaya memberi perhatian terlebih dahulu kepada isu pengurusan Tabung Haji yang lebih dekat dengan kepentingan umat Islam sebelum cuba tampil sebagai pakar dalam isu geopolitik antarabangsa.


"Saya cadangkan Pas jangan pergi terlalu jauh dahulu. Sebelum sibuk bahas Taiwan, lebih baik bahas Tabung Haji," katanya dalam satu kenyataan.


Pas dilihat cuba membentuk persepsi apabila mendakwa kenyataan Perdana Menteri dalam isu China dan Taiwan keterlaluan dan meletakkan Malaysia dalam kedudukan diplomatik yang sukar .


Sedangkan apa yang ditegaskan Anwar dalam satu temu bual media antarabangsa baru-baru ini adalah konsisten dan selari dengan dasar luar negara sejak era pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.


Sementara itu Danish menerusi kenyataan sama mengingatkan Pas bahawa banyak penemuan serius dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji yang baru didedahkan kepada umum baru-baru ini.


Ia antaranya campur tangan dan pertimbangan politik yang didakwa mempengaruhi keputusan penting institusi itu melibatkan isu hibah, bayaran haji dan pelaburan mencurigakan yang mencatatkan kerugian 100 peratus.


"Lebih serius, terdapat isu melibatkan RM22.12 juta dana Yayasan Tabung Haji yang disiasat.


"Isu-isu ini wajar diberi perhatian kerana Tabung Haji memainkan peranan besar dalam mengurus simpanan umat Islam serta urusan haji rakyat Malaysia," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page