top of page

AMK bidas kenyataan profesor pro-Zionis, desak UM buat siasatan



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengecam kenyataan profesor pro-Zionis Bruce Gilley yang mendakwa pemimpin Malaysia menganjurkan 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap masyarakat Yahudi di Universiti Malaya, semalam.


AMK berkata, kenyataan pensyarah Sains Politik Universiti Negeri Portland itu bersifat melampau dan menyeleweng.


"Perjuangan Malaysia selama ini adalah bagi pembebasan Palestin seperti yang dibawa oleh Perdana Menteri di persada dunia.


"Dalam kita menghormati ruang universiti sebagai ruang wacana awam, ia terhad kepada perkara yang boleh diwacanakan. Soal genosid dan pembersihan etnik di Palestin bukanlah satu wacana tetapi hal yang jelas nyata merupakan kekejaman rejim Zionis Israel," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, sayap pemuda KEADILAN menghargai tindakan pantas Universiti Malaya membatalkan terus sesi syarahan berkenaan.


"Namun kami mendesak Universiti Malaya melaksanakan siasatan mendalam terkait bagaimana Bruce Gilley dibenarkan menyampaikan syarahannya di universiti ini sedari awal.


"Ada pihak yang perlu mengambil tanggungjawab penuh kerana tidak melaksanakan semakan latar belakang terhadap pendokong genosid ini," ujarnya.


Terdahulu, tular di media sosial Gilley yang dijemput sebagai panel program di Universiti Malaya menuduh pemimpin politik Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi.


Melalui perkongsian di laman sosial X, Gilley bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan selepas menerima kecaman daripada warga maya sebelum memaklumkan bahawa dirinya telah meninggalkan Malaysia hari ini.


Susulan itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarah pihak Universiti Malaya memberi penjelasan dan siasatan segera berkaitan perkara berkenaan.ima peratus pengundi lain, termasuk Orang Asli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page