top of page

AMK bersama KHIDMAT Malaysia lancar sukarelawan misi banjir



Banjir yang diramal menjejaskan kira kira 10 juta rakyat Malaysia perlu ditangani dengan persediaan rapi, sama ada oleh kerajaan mahupun pertubuhan sukarelawan.


Bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, bencana banjir yang telah diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memerlukan pergerakan itu meneroka kerjasama dengan KHIDMAT Malaysia bagi membuat persediaan mengerahkan sukarelawan apabila berlaku banjir. Terutama dalam keadaan parti parti politik menumpukan kepada kempen Pilihan Raya Umum ke 15 kerana Parlimen telah dibubarkan.


Menurut Ketua Koordinator KHIDMAT, Nabil Halimi (gambar, atas), AMK bersama KHIDMAT akan bergandingan bahu untuk membantu mangsa yang memerlukan pertolongan apabila banjir berlaku.


"AMK telah mengambil pendekatan seiring usaha mempersiapkan organisasi dalam menghadapi PRU 15. AMK menerusi Laskar Bencana turut meletakkan keutamaan dan sepenuh komitmen dalam memastikan persediaan menghadapi banjir diperkemaskan.


"Galang Dana AMK telah dilancarkan pada 5 Oktober lalu sebagai langkah awal untuk meraih dana awam bagi menyediakan sebanyak 100 kit persediaan asas bencana.


"Lanjutan daripada usaha tersebut, AMK akan berganding bahu bersama KHIDMAT Malaysia, iaitu satu gerakan belia yang bermatlamat menyediakan platform kepada mereka yang ingin berpartisipasi dalam kerja-kerja kesukarelawanan.


"Kerjasama seumpama ini sangat penting bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan kedua-dua belah pihak dalam mendepani

banjir menerusi koordinasi serta gerak kerja yang tersusun dan berstruktur," katanya dalam sidang media bersama kepimpinan AMK di Ibu Pejabat KEADILAN, pagi tadi.


KHIDMAT dan AMK menunjukkan kit khusus yang diperlukan menghadapi banjir

Kerjasama itu, kata Nabil, meliputi pembahagian gerak kerja yang jelas. Bantuan pra bencana, katanya akan diusahakan oleh AMK melalui kit persediaan asas banjir, manakala KHIDMAT berperanan untuk mengusahakan penyampaian bantuan.


"Khidmat akan memberi bantuan menerusi Foodbank, bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan bantuan pasca bencana menerusi inisiatif mencuci serta menyediakan sokongan emosi dan kaunseling kepada mangsa.


"KHIDMAT menyasarkan penglibatan seramai 10,000 sukarelawan bagi membantu dalam misi banjir pada tahun ini," katanya.


Dalam sidang media itu juga Nabil melancarkan borang pendaftaran sukarelawan di pautan https://forms.gle/9bpfzWNFeLybXF5E9


Khidmat boleh diikuti di laman sosial Instagram : @khidmat_malaysia, Facebook : @KhidmatUntukMalaysia dan Twitter: @khidmat_my KHIDMAT Malaysia.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page