top of page

AMK Batu bersedia pertahan kerusi KEADILAN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 4, 2022
1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Batu bersedia untuk mempertahankan kerusi P.115 parlimen Batu dari mana mana parti atau calon Bebas yang akan mencabar penyandang P. Prabakaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Batu, Lestari Yahya berkata beliau percaya pengundi di Batu amat matang dan bijak menilai parti mana yang mampu membawa perubahan serta meletakkan kembali negara ke landasan yang betul.


"AMK Cabang Batu mengalu-alukan mana-mana parti yang ingin bertanding di kerusi Batu


"Kami telah bersiap sedia untuk mempertahankan kemenangan rakyat yang telah dikecapi pada PRU lalu.


"Kami juga amat yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia pasti akan membuat pilihan yang tepat pada 19 November 2022 nanti," katanya.


Beliau berharap persaingan di parlimen Batu pada PRU kali ini akan memberi kebaikan kepada rakyat dan para pengundi di kawasan berkenaan.


Selain gabungan politik utama seperti PH, BN dan PN, Batu juga dijangka akan ditandingi Warisan juga dua calon bebas Siti Zabedah Kasim dan Nur Fathiah Syazwana.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page