Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir meluahkan rasa bangga dan gembira apabila tiga anak muda terpilih sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, pencalonan ketiga-tiga anak muda itu membuktikan bahawa AMK mampu mengetengahkan pemimpin dalam kalangan orang muda dalam KEADILAN.
"Tahniah kepada 3 orang anak muda KEADILAN iaitu saudara B Prasanth Kumar, Asri Ibrahim dan Farzana Hayani yang telah terpilih sebagai calon untuk PRN Melaka.
"Mereka masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan akan bertanding di DUN Rim, DUN Lendu dan DUN Sungai Rambai," katanya.
Tambahnya, pendirian serta ketegasan AMK membolehkan lebih banyak peluang dan potensi untuk anak muda mengorak langkah.
"Kita bukan cakap kosong, kita betul-betul buat!
"Moga kalian dapat lakukan yang terbaik dan buktikan kemampuan anak muda," katanya.
Comments