top of page

AMK Alor Setar buat laporan polis kenyataan palsu ke atas Zahid



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar membuat satu laporan polis berkaitan kenyataan media palsu yang membantah kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada Himpunan Madani di Alor Setar baru-baru ini.


Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar semalam.


Ketuanya, Tan Jin Hao berkata AMK Alor Setar menafikan sekeras-keras kenyataan palsu terbabit yang diuar-uarkan di media sosial baru-baru ini.


"Kami AMK Alor Setar menyokong penuh kepimpinan kerajaan Malaysia Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet hari ini," katanya dalam kenyataan.


Sebelum ini tular satu kenyataan kononnya AMK Alor Setar kecewa kerana kehadiran Zahid sepentas dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan itu.


Kenyataan berunsur provokasi itu berkata, apa yang berlaku menjadi isyarat sukar buat jentera Alor Setar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Kedah kerana imej UMNO di negeri ini telah ditolak secara total pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Dr Taufiq Johari

Ketua AMK negeri, Dr Taufiq Johari kemudian tampil menegaskan semakan telah dibuat dan mendapati pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.


Jin Hao pula menegaskan pihaknya tidak dapat menerima sebarang provokasi yang akan menjejaskan dan menggugat kestabilan keharmonian antara rakyat di negara ini.


"Sebarang provokasi dalam menjejaskan dan menggugat kestabilan keharmonian antara rakyat Malaysia adalah sangat ditentang oleh AMK Alor Setar.


"Kami sebaliknya menyokong penuh semua kebaikan dasar yang dibawa hari ini oleh kerajaan Malaysia Madani," katanya.


Turut hadir memberi sokongan kepada laporan polis tersebut Ketua Cabang KEADILAN Alor Setar Datuk Zamri Yusoff yang juga ADUN Suka Menanti.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page