AMK akan sambung khidmat bantuan di Baling selepas Kongres Nasional



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia memberikan khidmat bantuan di Baling, Kedah sebaik sahaja banjir surut minggu lalu.


Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, pasukan yang dikepalai beliau dalam beberapa hari itu telah membantu mangsa banjir di Kampung Kupang dengan memberi bantuan makanan kering, kelengkapan tidur serta kerja kerja pembersihan rumah.

Adam membantu mengagihkan bantuan dari trak pikap

Katanya, AMK ketika ini menumpukan perhatian buat sementara waktu ke Kongres Nasional KEADILAN yang bermula esok sebelum akan kembali semula ke Baling selepas itu


"KEADILAN Kedah, Pakatan Harapan Baling, AMK Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur berganding bersama membantu.


"Kita bawa tilam, bantal, toto sedikit sebanyak untuk mangsa. Juga kita bawa bantuan makanan seperti makanan kering yang mudah dimasak.


"Pasukan kita susun di mana AMK Kedah mencuci rumah mana mana yang memerlukan bantuan.


"Usaha ini berterusan, mungkin sekarang ada kongres tetapi lepas ini kita akan sambung lagi," kata Adam ketika dihubungi


Menurut beliau lagi, di samping mencuci rumah pasukan bantuan AMK turut membantu memasak dan menyediakan makanan kepada sukarelawan yang bertugas membersihkan sisa sisa banjir tempoh hari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER