AMK agih bantuan kepada lebih 1000 mangsa banjir Sabah
- Suara Keadilan

- Sep 18
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Cakna dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Sabah, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia dan AMK negeri telah turun ke lapangan sejak hari pertama banjir bagi meninjau keadaan semasa dan keperluan penduduk terkesan khususnya di sekitar Putatan, Penampang, Papar, Kimanis dan Beaufort.
Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Nurhanani Dhamirah Razaleh berkata, setakat semalam, lebih 200 ketua isi rumah (KIR) dengan anggaran 1,030 individu telah menerima manfaat dan bantuan awal keperluan asas berupa makanan kering (ready to eat), buah-buahan, kit kebersihan, lampin bayi dan lain-lain.

''Sukarelawan AMK yang diketuai oleh Saudara Zaidi Jatil (Ketua AMK Sabah) dan Saudara Hilmie Milus (Ketua Koordinator KHIDMAT MADANI Misi Banjir Sabah) telah menggerakkan jentera sukarelawan ke beberapa PPS yang menempatkan mangsa-mangsa yang terkesan akibat kejadian banjir dan tanah runtuh.
''Kami komited untuk terus bersama dan bekerja demi rakyat, bukan hanya di pentas politik tetapi ketika rakyat ditimpa musibah dan kesusahan,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi inisiatif KHIDMAT MADANI yang dipimpin oleh Nabil Halimi selaku Pengerusi KHIDMAT MADANI merangkap Naib Ketua AMK Malaysia, Nurhanani berkata, pihaknya juga akan meneruskan gerak kerja dengan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di kawasan tumpuan seperti masjid, sekolah dan perpustakaan.









Comments