top of page

Amirudin zahir keprihatinan, luang masa ziarahi penduduk Gombak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 27, 2025
  • 1 min read
MB Amirudin bersama penduduk Gombak, bertanya khabar dan melawat projek pembangunan
MB Amirudin bersama penduduk Gombak, bertanya khabar dan melawat projek pembangunan

Jadual padat menguruskan urusan negeri tidak menghalang Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari terus menyantuni penduduk dan bertanya khabar.


Pada Jumaat, beliau turun padang bertemu penduduk sekitar Gombak menerusi Program Ziarah Kasih sekaligus membuktikan bahawa kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaannya.


Selain bertanya khabar, lawatan itu memberi peluang beliau mendengar sendiri permasalahan komuniti serta meninjau projek pembangunan setempat.

"Menjelang penghujung tahun, saya turun padang menziarahi penduduk Gombak bagi mendengar sendiri permasalahan mereka serta menyampaikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.


"Saya juga akan meneruskan lawatan selama tiga hari sempena Festival Darul Ehsan Berselawat pada 28 Disember, dengan harapan dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan masyarakat," katanya dipetik.


Pada lawatan itu, beliau menziarahi beberapa rumah penduduk, mantan-mantan ketua kampung dan bekas petugas Pusat Khidmat Rakyat DUN Gombak Setia.


Amirudin turut menunaikan solat Jumaat bersama di Masjid Gombak Utara dan menikmati jamuan yang disediakan untuk para jemaah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page