top of page

Amirudin tuntut Sanusi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah menghantar surat tuntutan kepada Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


Surat tuntutan itu susulan dakwaan fitnah dibuat Menteri Besar Kedah itu kepadanya dalam satu ucapannya di Jitra, Kedah pada 2 Ogos lalu.


"Datuk Seri Sanusi telah memfitnah, antara lain, bahawa saya memberikan tanah negeri secara percuma kepada syarikat swasta.


"Dalam surat yang disampaikan tadi, saya menuntut supaya beliau dalam tempoh 48 jam menarik balik dan minta maaf atas kenyataan fitnah beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu.


Difahamkan, surat tuntutan itu disampaikan kepada Muhammad Sanusi melalui peguamnya.


Antara lain Amirudin melalui surat tuntutan itu mahu jaminan fitnah itu tidak diulang selain Sanusi perlu membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu yang menjejaskan institusi Dato' Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.


"Namun begitu, jika Datuk Seri Sanusi gagal berbuat demikian, saya terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah," katanya dalam kenyataan.


Sanusi sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mendakwa Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan telah memperoleh tanah seluas 600 ekar atau 243 hektar secara percuma.


Ia termasuk tuduhan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bakal mengalami kerugian mencecah RM180 juta jika Vincent diberikan projek sungai bernilai RM10 bilion.


Pada Isnin, Vincent Tan dan dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land) melalui satu surat tuntutan menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Sanusi.


Mereka menuntut semua kenyataan defamasi dalam ucapan Menteri Besar Kedah yang merujuk kepada Vincent Tan dan Berjaya Land ditarik balik tanpa syarat.


Melalui surat tuntutan lima perkara itu, Sanusi turut diminta membayar pampasan RM200 juta dan akan diheret ke mahkamah sekiranya gagal mematuhi tuntutan terbabit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page