top of page

Amirudin Shari angkat sumpah MB Selangor penggal kedua



Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor buat penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang.


Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor ke-17 dilakukan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bermula jam 11.22 pagi.


Menurut laporan Selangorkini, Amirudin turut menandatangani surat pelantikan serta melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi beberapa perkara yang perlu dipenuhi dan dipatuhi sepanjang memegang jawatan tersebut.


Istiadat turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.


Pakatan Harapan (PH) dan BN sebelum ini menamakan Amirudin sebagai calon Menteri Besar. Amirudin dinamakan semula selepas PH dan BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.


Amirudin mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua yang disandangnya sejak 2008 dalam PRN minggu lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page