top of page

Amirudin seru anggota bertanding manfaat peluang kukuhkan parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 30
  • 2 min read


Anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) diseru melipat ganda aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan pelapis mereka memahami peranan parti dalam membangunkan masyarakat dan mendorong penglibatan lebih bermakna daripada mereka.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari pada ucapan di program mantai anak muda anjuran pejabat Parlimen Gombak dan AMK Selangor di Gombak semalam turut menyeru anggota sayap itu yang bakal bertanding di pelbagai peringkat pemilihan parti agar memanfaatkan peluang tersebut untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kekuatan secara bersama.


"Ingatan saya kepada AMK yang nak bertanding pada pemilihan, ambil peluang baik untuk kita gembleng kekuatan.


"Jaminan kemenangan adalah kepercayaan rakyat. Kepercayaan rakyat bukan hanya perkhidmatan tapi kalau kita ada misi, visi yang jelas tentang negara dan masa depan.


"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sedang bertungkus-lumus laksanakan. Nak bentuk parti, nak bentuk Malaysia Madani, kita pimpinan yang ada kena ambil tanggungjawab untuk laksanakan, gembleng imej negara Madani dan Malaysia sesuai dengan citra yang telah dikembangkan oleh perdana menteri," katanya dipetik.


Terdahulu pada majlis itu Amirudin meluangkan masa menyembelih kambing serta melapah lembu yang dagingnya diagihkan kepada kira-kira 400 penerima di sekitar Parlimen Gombak.


Program itu turut menyaksikan 100 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan duit raya, baju raya dan bakul makanan.


Sementara itu beliau turut mengingatkan pihak yang bertanding pada pemilihan kali ini untuk sentiasa menjaga nama baik parti.


"Jaga adab, jaga tingkah laku. Kestabilan penting untuk kelangsungan, perubahan perlu tapi jangan sampai berkocak besar. Itu kita kena hati-hati kalau tidak kemungkinan akan beri imej tidak baik kepada (parti).


"Selain itu, saya minta kalau boleh bagi sokongan kepada pimpinan yang menang nanti atau kepada mereka yang betul-betul tampil ke depan dan kena ingat bila kita menang dan mentadbir, kestabilan itu penting untuk kelangsungan," tambahnya

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page