top of page

Amirudin saran PBT naik taraf kemudahan asas



Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor digesa menumpukan usaha menaik taraf kemudahan asas rakyat mulai tahun hadapan.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari ketika membuat gesaan itu berkata, PBT perlu menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada simpanan kewangan bagi tujuan tersebut sekali gus memberi keselesaan kepada orang ramai.


"Selain daripada apa yang telah dibajetkan oleh semua PBT, saya juga mahu (minimum) 10 peratus daripada simpanan mereka digunakan untuk menaik taraf kemudahan seperti balai raya, dewan dan kemudahan lain.


"Pelarasan ini perlu diadakan kerana infrastruktur asas perlu diperkemas supaya rakyat bukan saja dapat menikmati kemodenan yang dicapai tetapi juga dapat keselesaan (menggunakan) kemudahan awam yang ada," katanya dipetik.


Naib Presiden KEADILAN itu berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Perancangan bandar sedunia peringkat Selangor 2023 di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah di Kuala Langat pada Sabtu.


Terdahulu, Amirudin dalam ucapannya berkata, pembangunan infrastruktur seperti kualiti jalan, longkang, lampu jalan, aksesori jalan raya, dewan orang ramai dan pusat masyarakat akan menjadi fokus Kerajaan Selangor pada 2024.


Ini kerana katanya, perancangan bandar juga perlu sentiasa mengadaptasi perubahan semasa termasuk keadaan demografi supaya selari dengan keperluan setempat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page