top of page

Amirudin pastikan pelaksanaan projek strategik Selangor berjalan lancar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 37 minutes ago
  • 1 min read

DS Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Khas Pembangunan Wilayah Ekonomi Baharu
DS Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Khas Pembangunan Wilayah Ekonomi Baharu

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus komited memastikan pembangunan wilayah ekonomi negeri berjalan lancar dan memberi manfaat seimbang kepada rakyat.


Pendirian itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari susulan Mesyuarat Penyelarasan Khas Pembangunan Wilayah Ekonomi Baharu dipengerusikannya pada Selasa.


"Mesyuarat ini memberi ruang kepada agensi pelaksana membentangkan status kemajuan terkini, isu serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek utama di bawah wilayah pembangunan tersebut.


"Beberapa keputusan penting turut dicapai supaya momentum kemajuan projek dapat diteruskan demi pembangunan seimbang dan kesejahteraan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Mesyuarat berkenaan melibatkan tiga zon strategik iaitu Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS), Selangor Maritime Gateway (SMG) dan Sabak Bernam Development Area (SABDA) — yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri, selain memperkukuh struktur sosial dan spatial Selangor.


Menurut Amirudin, sesi perbincangan itu juga penting bagi menilai pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi panduan utama hala tuju pembangunan negeri sejak 2021.


"Penilaian ini akan menjadi asas sebelum Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dibentangkan sebagai kesinambungan bagi fasa pembangunan seterusnya," tambah beliau.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page