Amirudin optimis rakyat Sabah undi calon HARAPAN
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 1 min read

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan rasa optimis terhadap sokongan rakyat Sabah kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Jelasnya, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pendekatan Kerajaan MADANI yang konsisten membela rakyat menjadi asas kepada sokongan yang semakin meningkat itu.
"Imej tarikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat tinggi berdasarkan komitmen dan apa yang telah dilaksanakan dalam tiga tahun kebelakangan ini.
"Sentimen rakyat terutamanya terhadap Kerajaan MADANI dan juga kepada parti-parti HARAPAN agak baik. Tidak ada penolakan yang serius, kecuali kita perlu berdepan cabaran bersaing beberapa penjuru dengan parti lawan," katanya dipetik.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor sebelumnya mengulas perjalanan minggu terakhir kempen Pilihan Raya Dewan Undangan (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Amirudin sementara itu menegaskan bahawa kemenangan calon mewakili HARAPAN pada pilihan raya kali ini penting agar impak lebih positif dapat dinikmati rakyat Sabah.
"Kalau kita (HARAPAN) ada penglibatan yang lebih besar dan lebih serius dalam kerajaan negeri, kita akan dapat terlibat dengan lebih aktif dalam pentadbiran," jelasnya.
Pada PRN kali ini, seramai 3,000 petugas lapangan KEADILAN dikerah menyantuni rakyat di seluruh Sabah.
HARAPAN Sabah turut melancarkan manifesto bertema Harapan Urang Sabah, yang antara lain menuntut pelaksanaan 40 peratus hasil negeri untuk rakyat, reformasi pentadbiran serta tawaran 20,000 peluang pekerjaan kepada anak muda.









Comments