top of page

Amirudin lawat BIC Eindhoven, rintis kolaborasi teknologi bertaraf dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 2 min read
DS Amirudin mengadakan perbincangan bersama Pengarah Urusan BIC, John Blankendaal
DS Amirudin mengadakan perbincangan bersama Pengarah Urusan BIC, John Blankendaal

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus meneroka kerjasama strategik antarabangsa bagi memperkukuh kedudukan negeri sebagai pusat teknologi dan inovasi termaju di rantau Asia.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan telah mengadakan kunjungan ke Brainport Industries Campus (BIC) di Eindhoven, Belanda pada Khamis.


Pada kunjungan itu beliau bertemu dan mengadakan perbincangan bersama Pengarah Urusan BIC, John Blankendaal serta Pengurus Komuniti, Renee Versteegde.


"BIC merupakan salah satu hab berteknologi tinggi terkemuka Eropah yang menggabungkan lebih 50 syarikat dan institusi pendidikan.


"Lawatan ini membuka ruang kepada Selangor untuk meneroka kerjasama strategik serta berpotensi menyesuaikan konsep ini dalam membangunkan ekosistem inovasi yang lebih mampan dan berdaya saing," kata Amirudin.


Turut menyertai Amirudin ialah Exco Pelaburan dan Perdagangan Ng Sze Han dan delegasi lain.


Amirudin sebelum ini menyatakan hasrat Kerajaan Negeri untuk terus menjadi negeri contoh mengembangkan inisiatif berasaskan teknologi dan inovasi.


Setakat ini beberapa langkah strategik sudah dilaksana pihaknya termasuk melalui Program kecerdasan buatan (AI) Trailblazers melalui kerjasama syarikat gergasi teknologi Google.


Selangor juga bakal menubuhkan Pusat Inkubator AI Selangor yang bakal menjadi pusat sehenti melibatkan pengembangan idea, tetapi juga menjadi pusat untuk pendidikan dan latihan dalam bidang kecerdasan buatan.


Sementara itu menurut Amirudin, BIC adalah contoh terbaik pelaksanaan model ‘triple helix’, iaitu kerjasama erat antara sektor kerajaan, industri dan akademik dalam memacu inovasi dan transformasi industri.


Memiliki lebih 72,000 tenaga kerja dan kemudahan canggih seperti bilik bersih (cleanroom) serta ruang pembuatan fleksibel, menjadikannya nadi kepada pembangunan industri pintar di rantau ini.


"Kejayaan kampus ini banyak disumbang oleh sejarah panjang inovasi di wilayah itu yang bermula sejak 1930-an, sekaligus menjadi asas kukuh kepada kemajuan teknologi semasa," tambah Amirudin.

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page