top of page

Amirudin cadang tubuh forum Suruhanjaya Pendidikan tangani isu buli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 28, 2025
  • 1 min read

Kerajaan disaran memperkenalkan strategi baharu yang lebih menyeluruh dan bersepadu bagi menangani jenayah di sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT).


Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin dan institusi pendidikan terus berperanan sebagai tempat membina sahsiah pelajar.


"Saya percaya ini masa terbaik untuk melihat pendidikan sebagai satu tindakan menyeluruh. Kita tidak boleh lagi menuding jari atau membebankan satu pihak sahaja sama ada sekolah, guru atau keluarga dalam menyelesaikan isu ini," katanya dipetik ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau yang juga Menteri Besar Selangor turut mencadangkan penubuhan forum Suruhanjaya Pendidikan yang melibatkan wakil setiap negeri bagi membincangkan isu pendidikan termasuk masalah disiplin pelajar.


"Setiap negeri mempunyai dinamik tersendiri dari segi kekuatan dan ruang penambahbaikan. Kita bukan hanya mahu menumpu kepada infrastruktur fizikal, tetapi turut merangkul kekuatan komuniti tempatan serta kepakaran pelbagai bidang," ujarnya.


Amirudin turut menggesa agar peruntukan kerajaan menumpukan kepada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti sebagai asas pembentukan nilai murni dalam kalangan pelajar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page