top of page

Amirudin bertemu Hajiji, bincang kerjasama Selangor - Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 24, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor dan negeri Sabah sedang melihat potensi kerjasama terutama dalam bidang keterjaminan makanan.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, beliau telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di pejabat Ketua Menteri di Kota Kinabalu bagi melihat potensi itu.


"Ini khususnya dalam tanaman bijiran jagung serta ternakan seperti lembu agar kita dapat bersama-sama mengurangkan kebergantungan terhadap barang makanan import.


"Selain itu, ia juga mampu memberikan dampak positif terhadap harga barang makanan mentah," katanya melalui satu hantaran di laman Facebook.


Selain melihat potensi dalam bidang keterjaminan makanan, kedua-dua pihak turut membincangkan kaedah mengukuhkan ekosistem pelancongan yang mampan serta mempunyai fungsi teknologi digital.


"Saya melihat Sabah sebagai antara negeri yang terkehadapan terutamanya dalam penghasilan produk tempatan seperti kraftangan yang berkualiti tinggi dan berhasrat mengadakan kerjasama dalam bidang ini," tambahnya.


Terdahulu pada Isnin, Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan telah menuai 118 tan hasil pertama projek jagung bijirin berkualiti tinggi yang dilancarkan di negeri itu pada tahun lepas.


Tuaian itu melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar itu adalah bagi fasa pertama dan dijangka hasil tersebut terus meningkat.


Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim dipetik laporan media berkata, PKPS bercadang untuk memperluaskan tanaman itu dan akan melihat potensi tanah yang ada di sekitar Selangor atau di negeri-negeri lain.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page