top of page

Amirudin beri gambaran Belanjawan Selangor 2024 perkasa Islam



Belanjawan Selangor 2024 yang dijangka dibentangkan pada Jumaat ini akan terus mengutamakan kepentingan rakyat di negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ditemui selepas menghadiri program Jelajah Madani bersama menteri sumber manusia V Sivakumar di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada Ahad memberi gambaran bahawa sektor pendidikan dan agama Islam akan diperkasa.


Selain itu tambahnya, belanjawan tersebut akan turut memperincikan inisiatif kerajaan negeri dalammengembangkan beberapa industri lain


"Banyak (berita baik bajet kali ini)…sabar tunggu bajet nanti saya akan jelaskan. (Cuma) kita ada beberapa fokus untuk mengembangkan industri tertentu.


"Kita juga bersedia menambah insentif untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dan pendidikan. Ada juga berkaitan pengembangan agama Islam. Kita akan bangkitkan dua tiga perkara," katanya dipetik.


Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San memberitahu pembentangan Belanjawan Selangor 2024 diadakan pada 10 November serentak dengan sidang DNS yang berlangsung selama dua minggu.


Bagi jangkaan kos perbelanjaan tahunan 2023, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page