top of page

Aminudin arah pejabat tanah, daerah pantau lombong haram nadir bumi



Semua Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Sembilan diarah membuat pemantauan di kawasan masing-masing bagi memastikan aktiviti perlombongan haram nadir bumi tidak berulang.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah memberi taklimat kepada kesemua pegawai daerah termasuk berkaitan modus operandi kegiatan berkenaan sekaligus memberikan pendedahan untuk mengendalikan perkara itu sekiranya berlaku.

"Kita khuatir ada lagi di daerah lain (lombong nadir bumi), sebab itu taklimat diadakan supaya mereka (Pegawai Daerah) tahu bagaimana ia dijalankan kerana ini kali pertama berlaku di Negeri Sembilan, tak pernah kita lihat sebelum ini, sebab itu kita dedahkan dan harap dapat membantu mereka ambil tindakan.


"Ini perkara yang harus dipandang serius dan tindakan segera. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan. Beberapa enakmen juga sedang dikenal pasti dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk melihat tindakan undang-undang yang boleh diambil," katanya dipetik.


Sebelum itu pada Rabu, Aminuddin mendedahkan aktiviti perlombongan haram nadir bumi dikesan atas dua lot tanah hakmilik di Kuala Pilah menerusi aduan yang diterima Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah pada 16 Mei lepas.


Pemeriksaan awal mendapati kegiatan itu dijalankan di tanah persendirian namun pihaknya sedang mengenal pasti sama ada ia turut membabitkan tanah milik kerajaan selain keluasan sebenar tanah terbabit.


"Kita belum dapat secara tepat keluasannya, tetapi memang luas, tidak hanya melibatkan satu dua ekar, selain turut melibatkan kawasan berbukit. Tempoh aktiviti itu dijalankan pula belum diketahui dan hanya Jabatan Mineral dan Geosains boleh menganggarkannya," katanya.


Beliau sementara itu menegaskan nadir bumi merupakan sumber baharu yang mampu memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri, namun masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) daripada Kerajaan Persekutuan.


Sementara itu Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan apa-apa aktiviti perlombongan secara haram.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page