Aminuddin mengundi di Sikamat, yakin PH lepasi 19 kerusi
- Redzuan Shamsudin
- 7 hours ago
- 1 min read

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sebilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon DUN Linggi hari ini membuang undi di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Sikamat, Port Dickson.
Beliau hadir ke pusat pembuangan undi kira kira pukul 8.00 pagi dan dikerumuni pemberita sebaik sahaja selesai menunaikan tanggungjawab.
Ketika ditanya mengenai peluang Pakatan Harapan untuk membentuk semula kerajaan Negeri Sembilan menghadapi saingan sengit BN-PN, Aminuddin berharap PH akan kembali berkuasa selepas 1 Ogos ini.
Beliau turut ditanya sama ada jentera PH resah menghadapi pelbagai analisis yang mendakwa BN-PN mungkin akan memenangi Pilihan Raya Negeri kali ini.
"Kami yakin bahawa kami akan mendapat 19 kerusi. InsyaAllah kami akan melepasi 19 kerusi, dan saya semak di semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik.
"InsyaAllah, jentera tak rasa down walau macam macam spekulasi (timbul). Itu biasalah, analisis yang kita rasa di atas meja (sahaja).
"Saya rasa, saya masih yakin lagi melepasi 19 kerusi," katanya.
PH memerlukan 19 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dalam PRN Negeri Sembilan.
Datuk Seri Aminuddin Harun bertanding dalam saingan tiga penjuru di kerusi DUN Linggi.
Beliau menentang Datuk Mohd Faizal Ramli, penyandang daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Zamri Md Said calon dari Bersatu.
