top of page

Aminuddin ingatkan kontraktor laksana kerja berkualiti



Kontraktor yang mendapat projek penyenggaraan jalan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di Negeri Sembilan digesa supaya melaksanakan kerja berkualiti dan memanfaatkan rakyat.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata terdapat 250 kerja di seluruh negeri itu yang disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS fasa satu .


Kesemua projek itu melibatkan kos RM100,000 setiap projek dengan nilai keseluruhan RM25 juta bagi kontraktor kelas G1.


"Peringatan untuk kontraktor, kerja yang dilaksanakan mesti terbaik, saya tidak mahu ada aduan.


"Projek dijalankan mesti mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya.


Aminuddin berkata begitu semasa ucapan di Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa Satu penyenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS di Seremban pada Selasa.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri telah menerima tiga permohonan daripada tiga syarikat tempatan bagi penerokaan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.


"Kita telah minta Pejabat Tanah dan Galian membantu mereka, sekarang ini REE agak perlahan kerana harga pasaran dunia rendah, jadi permintaan berkurangan," katanya dipetik.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page