top of page

Aminuddin Harun kekal Pengerusi MPN Negeri Sembilan


Datuk Seri Aminuddin Harun kekal berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Negeri Sembilan.


Perkara itu disahkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.


Bagaimanapun, beliau meminta Aminuddin supaya memberi perhatian kepada permasalahan yang diutarakan pimpinan negeri, terutamanya keperluan untuk mengukuhkan jentera pilihan raya.


Katanya, mesyuarat juga mencapai konsensus supaya ahli-ahli dan pimpinan kanan perhubungan negeri terus bergerak sebagai satu pasukan, terutamanya dalam merangka usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang.


“Isu kedudukan MB tidak berbangkit, ada sokongan padu. Tetapi ada dibangkitkan permintaan supaya MB beri sedikit perhatian kepada keperluan parti, cabang-cabang, untuk perkukuh jentera, dalam menghadapi pilihan raya.


“Jadi kita beri ruang untuk mereka berbincang dan perjelaskan,supaya terus dengan padu bersama dengan Exco-exco negeri dan Timbalan Speaker, untuk di dalam jentera parti, terutama Biro Politik KEADILAN Negeri Sembilan, bagi memudahkan Aminuddin supaya bertindak sebagai MB dan Pengerusi MPN Negeri Sembilan,” katanya.


Terdahulu, terdapat dakwaan beberapa barisan kepimpinan MPN Negeri Sembilan telah hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.


Dakwaan itu menyifatkan bahawa Aminuddin tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) di negeri ini untuk terus kekal memerintah sehingga terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi menjatuhkan Aminuddin.


Namun, Anwar berkata, beberapa individu berkenaan telah menarik balik surat yang mereka tandatangani.


“Kita tidak membincangkan soal SD, tetapi kita ada membincangkan sedikit sebanyak tentang kandungannya. Jadi saya beri ruang kepada mereka untuk memberi penjelasan, dan saya turut menerangkan mengapa Menteri Besar juga perlu berusaha perkukuhkan jentera pilihan raya,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page