top of page

Amerika Syarikat terus sokong kekejaman Israel, PBB perlu reformasi



Tindakan adi kuasa dunia Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi gencatan sejata di Gaza, Palestin dikutuk oleh kebanyakan negara di dunia.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, tindakan AS itu merupakan suatu keangkuhan kuasa pada waktu Israel, sekutunya tidak mempedulikan pembunuhan rakyat awam Palestin.


"Tatkala angka korban rakyat Palestin menjangkau lebih 17,000 jiwa, Amerika memilih untuk bertindak 'bodoh' walau 13 negara menyokong resolusi berkenaan.


"Malah sekutu rapat Amerika, United Kingdom (UK) sendiri memilih berkecuali meninggalkan Amerika yang akhirnya membuktikan AS satu-satunya negara yang ingin meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.


"Alasan bahawa Israel mempertahankan diri juga tidak masuk akal. Mereka mempertahankan diri daripada apa?


"Mempertahankan diri daripada lebih 7 ribu kanak-kanak dan empat ribu wanita yang telah mereka bunuh tanpa belas kasihan?" tanya dalam kenyataan hari ini.

Razeef Rakimin

Razeef dalam pada itu turut menggesa agar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) merapatkan lagi hubungan dengan kuasa besar dunia sebelah timur seperti Rusia dan China yang tidak sebulu dengan negara barat yang menyokong Israel.


Katanya, China baru baru ini berang apabila bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin tersekat akibat pintu sempada Rafah di Mesir ditutup.


"Kerjasama (bersama Rusia dan China) ini pastinya mampu menyegerakan pembukaan pintu sempadan Rafah agar semua bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk," katanya.


Selain itu, Razeef mahu negara negara Islam mendesak agar dilakukan reformasi di Pertubuhan Bangsa bangasa Bersatu (PBB) dengan memansuhkan kuasa veto yang sejak berpuluh tahun lalu menyebabkan negara tertindas seperti Palestin terus ditekan dan kehilangan hak mendapat pembelaan.


"Kita mendesak supaya reformasi dilakukan segera pada PBB dengan memansuhkan kuasa veto di Majlis Keselamatan agar setiap keputusan yang dibuat adil dan tidak ada satu pihak lebih berkuasa daripada pihak yang lain.


"Saya juga meminta rakyat Malaysia untuk terus menyuarakan isu Palestin, dan ini termasuk menggunakan media sosial bagi menyuarakan bantahan pembunuhan beramai-ramai ini.


"Isu Palestin tidak patut reda di negara ini ketika hampir setiap hari rakyat di negara-negara Eropah turun ke jalan raya membantah kegansan tentera zionis Israel," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page