Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Hulu Selangor, Ameerul Fikri Norzazli berjanji akan mendengar luahan, idea dan pendapat anggota AMK Hulu Selangor bagi menguatkan parti menghadapai Pilihan Raya Umum ke 15.
"Saya Ameerul Fikri Norzazli, calon nombor 2 menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua AMK Hulu Selangor dalam Pemilihan KEADILAN 2022
"Dalam masa yang sama saya dan rakan-rakan akan memperjuangkan hak hak atau faedah sebagai anggota parti KEADILAN khususnya golongan muda.
"Dengan sokongan padu yang diberikan kami akan mendengar luahan, idea dan pendapat daripada nnak muda di Hulu Selangor," katanya.
Tambah beliau, selepas pandemik Covid 19 banyak anak muda yang terjejas atau hilang punca pendapatan.
Beliau bertekad untuk menyuarakan masalah mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Comentarios