‘Ambulans Kita Selangor’ percuma untuk rakyat
- Suara Keadilan

- Jul 22
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif kesihatan yang inklusif dan berkesan.
Terbaharu, program ‘Ambulans Kita Selangor’ bakal dilaksana di negeri itu sebagai satu inisiatif memperkukuh sistem sokongan dan memperkasa akses kesihatan rakyat.
"Inisiatif ini menyediakan perkhidmatan ambulans bukan kecemasan secara percuma kepada rakyat, khususnya bagi tujuan janji temu rawatan, rawatan susulan dan sesi rawatan berkala di hospital serta pusat perubatan bertauliah
"Program ini dijangka bermula dalam tempoh terdekat, disasarkan kepada mereka yang memerlukan bantuan mobiliti untuk rawatan," kata Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin (gambar) dalam kenyataan pada Isnin.
Jamaliah menjelaskan, pelaksanaan program akan digerakkan melalui kerjasama strategik dengan St John Ambulans Malaysia (SJAM) Selangor yang berperanan sebagai rakan pelaksana utama.
"Inisiatif ini mencerminkan tekad Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, untuk memastikan kesihatan bukan menjadi beban kepada rakyat.
"Ini bukan janji kosong, tetapi kesinambungan kepada dasar peduli rakyat yang telah terbukti memberi kesan positif sejak beberapa tahun lalu," tambahnya.









Comments