top of page

Ambil tindakan terhadap pihak gugat Ketua Hakim, institusi kehakiman - AMK



Serangan berterusan laskar siber pro Umno yang mempertahankan bekas Perdana Menteri Najib Razak 'tidak bersalah' sejak beberapa hari lalu sudah sampai ke tahap menggugat institusi kehakiman negara dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.


Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Kamil Munim, percubaan Najib untuk meraih simpati dan mewujudkan persepsi berbeza mengenai kesnya tidak boleh sehingga menyerang integriti para hakim.


"Sejak semalam, beberapa serangan telah dilakukan oleh tentera siber upahan untuk terus menyerang Ketua Hakim dan institusi kehakiman.


"Ianya bukan sekadar kritikan biasa namun disulami dengan ugutan yang jelas memerlukan campur tangan pihak berkuasa bagi melindungi keselamatan Ketua Hakim dan institusi kehakiman itu sendiri.


"Sandiwara Najib tidak wajar dijadikan modal bagi penyokong beliau untuk terus menyerang institusi kehakiman," kata Kamil dalam kenyataan hari ini.


Beliau yang juga seorang peguam berkata, hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama tidak pernah dinafikan sama sekali.


Namun, katanya, tindakan penyokong Najib yang melampaui batas amat dikesali dan boleh memusnahkan kepercayaan awam terhadap institusi kehakiman.


"Percubaan untuk mengheret semua pihak termasuk mahkamah dan sistem keadilan untuk mengikut rentak dan kehendak pihak tertentu adalah sesuatu yang melampau, dan tidak menghormati sistem keadilan dan institusi kehakiman.


"Justeru, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera ke atas mana-mana individu yang secara nyata membuat ugutan terhadap Ketua Hakim atau institusi kehakiman," katanya lagi.


Percubaan menyalahkan hakim hakim Mahkamah Persekutuan kerana tidak membenarkan Najib membawa bukti baharu dalam dua hari terawal rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan dalam minggu ini menyebabkan institusi kehakiman diserang oleh laskar siber pro Umno dan Najib yang mencetuskan kebimbangan umum kerana Umno merupakan parti pemerintah dan tidak boleh berada dalam kedudukan tidak meyakini institusi kehakiman.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page