top of page

Ambil tindakan terhadap Israel noktahkan konflik Timur Tengah - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyeru peranan masyarakat antarabangsa menilai krisis yang berlaku di Timur Tengah dengan sudut pandang yang adil dan saksama.


Menerusi satu kenyataan, sayap pemuda parti itu menyeru komuniti antarabangsa supaya mengambil tindak balas tegas terhadap Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya atas serangan ganas Israel di Syria dan Palestin.


"Serangan ke atas misi diplomatik Iran di Damsyik pada 1 April lalu telah mengorbankan 18 nyawa termasuk dua pegawai tinggi tentera dan perlu dinilai sebagai suatu jenayah perang yang dilakukan oleh tentera penjajah Israel.


"Rentetan daripada serangan ke atas bumi Palestin yang meragut nyawa seramai 33,000 orang pula memungkinkan krisis kebuluran kritikal dalam masa terdekat.


"Kami juga benar-benar kesal akan sikap yang tidak konsisten oleh AS yang mengulangi komitmen “ironclad” bagi melindungi keselamatan Israel, tetapi terus membisu terhadap pelanggaran berkali-kali oleh pihak rejim Zionis," katanya.


Jelas kenyataan itu lagi, pelanggaran undang-undang antarabangsa secara berterusan oleh Israel termasuk mengebom konsulat diplomatik asing adalah sangat membimbangkan.


Justeru, AMK menyeru masyarakat dunia untuk tidak bertolak ansur atas jenayah perang itu dan menggesa pihak bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.


"Kami menyeru kepada komuniti antarabangsa untuk sama-sama mengutuk dan bertindak tegas terhadap semua bentuk kekerasan dan keganasan serta tidak kira pelakunya," kata kenyataan itu.


Tegas AMK, bagi mengakhiri konflik di Timur Tengah dan mewujudkan keamanan berkekalan maka menyempurnakan agenda membebaskan Palestin dan mengiktirafnya sebagai sebuah negara merdeka perlulah diutamakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page