top of page

Ambil tindakan tegas, henti gerakan tumbangkan kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 11, 2024
  • 1 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Pihak penguatkuasaan digesa bertindak tegas untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang sengaja merosakkan keharmonian negara melalui usaha berterusan mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.


Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata tindakan harus segera diambil sebelum terlambat dan pihak terbabit bebas memporakperandakan pemikiran rakyat.


Beliau juga mempersoalkan adakah pemimpin Pas seperti Hj Hadi Awang dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor begitu kebal daripada dikenakan sebarang tindakan.


"Tindakan juga perlu diambil terhadap Raja Petra (penulis blog) yang buat ramalan tidak tentu arah sebab dia adalah perosak, racun kepada rakyat Malaysia.


"Pemimpin seperti Hadi Awang berkata tidak lama lagi dah, kita akan ambil alih, dalam muktamar juga kata, persoalannya perkara ini sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan diambil sehingga hari ini, apakah kebal sangat ke?" ujarnya dalam program Borak Dahsyat terbitan Studio Dahsyat malam tadi.


Abdullah yang juga mantan Ahli Parlimen Kapar berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya gentar untuk mengambil tindakan terhadap pihak terbabit kerana selepas bertindak keadaan akan reda.


Jelasnya, reaksi balas penyokong lawan tidak akan menjadi satu bentuk huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang.

"Kita yakin kalau kena seorang, yang lain semua bertabur dan tidak timbul lagi persepsi dan propaganda berterusan," ujarnya.


Pada Isnin lalu, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berkaitan usaha segelintir Ahli Parlimen yang dikatakan menggerakkan usaha menumbangkan kerajaan.


Laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak keselamatan melakukan siasatan terhadap gerakan yang dikenali sebagai 'Langkah Dubai' yang dedahkan oleh Jabatan Komunikasi Kominiti (J-Kom) sebelum ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page