top of page

Ambil tindakan menteri solat Terawih berjemaah


Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih 20,000 rakyat marhaen telah ditangkap dan didenda atau penjara kerana melanggar undang-undang. Malah, rakyat yang solat berjemaah di masjid dan surau juga diambil tindakan, termasuk solat Terawih berjemaah di bulan Ramadan. Bagaimanapun terdapat beberapa foto di media sosial sejak semalam, didakwa gambar Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sedang solat Terawih berjemaah bersama selain ahli keluarga beliau. Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir, perbuatan Annuar itu tidak seharusnya dimaafkan ketika rakyat biasa dikenakan hukuman. Katanya, contoh buruk dari seorang menteri akan menjadi ikutan rakyat yang merindui ibadat solat Terawih berjemaah di rumah ibadat

"Saya merujuk kepada perkongsian YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan di laman twitter beliau mengenai solat Terawih berjemaah bersama staf yang bukan bersama ahli keluarga beliau. "Amalan sunat Terawih ini amat dituntut dan golongan muslim di Malaysia pasti merindui untuk berjemaah dengan qariah. "Namun, atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita terpaksa akur untuk bersolat bersama keluarga di rumah masing-masing dan malangnya ada yang ditahan polis kerana Terawih berjemaah di surau. "Apakah perkongsian Menteri berkenaan untuk menunjuk-nunjuk kealiman beliau lebih hebat daripada rakyat biasa. Atau adakah Menteri hendak buktikan kedudukan beliau lebih tinggi daripada rakyat Malaysia sekaligus mengesahkan undang-undang dua darjat di bawah Perikatan Nasional?" tanya Akmal dalam kenyataan di Facebook beliau. Selain itu, Akmal mempersoalkan kewajaran menteri berjemaah bukan dengan ahli keluarga kerana dalam pengumuman perdana menteri mengenai pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei, masih kekal larangan aktiviti keagamaan secara berjemaah dikuatkuasakan. "Sekiranya Menteri tidak lagi patuh PKP dan tiada tindakan, displin rakyat melaksanakan PKPB mungkin akan berkurangan. "Adakah Tan Sri Annuar ingin memberi contoh teladan bahawa Terawih selepas ini boleh dilaksanakan secara berjemaah dengan rakan taulan di pejabat masing-masing bermula Isnin ini?" tanya beliau lagi Menurut Akmal lagi, untuk berlaku adil, Annuar wajar ditahan untuk disoalsiasat mengikut Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) 2020 seperti mana rakyat biasa yang ditangkap kerana terawih berjemaah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page