Ambil serius usaha reformasi penjara



Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menegaskan usaha reformasi penjara perlu diambil serius bagi melindungi warga penjara daripada dijangkiti wabak Covid-19.


Beliau berkata, perkara ini membimbangkan kerana jumlah kes Covid-19 yang melibatkan kluster di penjara melebihi 10,000 kes ketika ini.


"Kita telah pun mencecah 10,802 kes aktif dengan kebolehjangkitan di Malaysia setakat 3 Disember 2020. Angka ini juga melibatkan kluster di penjara sebanyak 48 kes yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Tembok, Kluster Matambai dan Kluster Bakti. Isu wabak di penjara ini bukan hanya kerisauan terhadap tahanan malah pegawai, warden dan ahli keluarga di perkarangan penjara.


"Ini adalah tempoh kecemasan, usaha reformasi penjara harus diambil serius sepertimana yang telah digesa oleh beberapa ahli parlimen berkenaan isu lebihan kapasiti penjara.


"Rancangan yang dikemukakan oleh Jabatan Penjara bagi membebaskan 75% tahanan yang berisiko rendah pastinya dapat mengurangkan penularan kes Covid-19 serta sistem penjara yang lebih progresif buat negara kita," katanya.


Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri berhubung pelan kerajaan melindungi kakitangan, warden dan tahanan di penjara daripada penularan wabak Covid-19 terutamanya tahanan wanita dan juvenil.


Izzah juga bertanyakan langkah susulan pelaksanaan program pemulihan dan reintegrasi berasaskan komuniti yang menyasarkan penglibatan 75% daripada tahanan berisiko rendah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER