top of page

Ambil semangat Reformasi, kembalikan kerusi dirampas pembangkang



Prestasi KEADILAN di negeri Selangor yang tidak begitu cemerlang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu menjadi tumpuan Mesyuarat Agung Tahunan KEADILAN Cabang (MATC) Kota Raja semalam.


Setiausaha Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin dalam ucapannya berkata, prestasi PRN di 3 DUN dalam Cabang Kota Raja perlu diperhalusi dan diselesaikan kelemahannya agar Pakatan Harapan mampu menawan semula DUN yang terlepas ke tangan pembangkang, seperti Sungai Kandis.


"Parti perlu melihat pengkhianatan dari dalam iaitu terdapat pimpinan di peringkat sayap dan anggota KEADILAN yang membantu kempen calon Perikatan Nasional


"Selain itu, kita juga perlu mengembalikan semangat reformasi dan menyatuni reformis-reformis lama


"Saya menyeru semua anggota KEADILAN Kota Raja untuk mengisafi kehilangan kubu kuat iaitu DUN Sungai Kandis.


"Kita sama-sama mengambil semangat Demostrasi Jalan Kebun 1998 ketika gerakan reformasi tercetus di mana ledakan rakyat bermula di era reformasi," katanya.


Dalam ucapan itu, Danish yang juga Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana MATC 2023 yang membantu menjayakan mesyuarat dengan baik sekali juga kepada seluruh anggota bertungkus lumus menjayakannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page