top of page

Ambil perhatian pendedahan SPRM, kuatkuasakan tindakan tegas



Isu didedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Khusairi Yahya baru-baru ini berkaitan tahap rasuah dalam kalangan penguatkuasa perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.


Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, isu itu perlu dibendung segera kerana beliau bimbang usaha Kerajaan Perpaduan untuk memerangi rasuah bakal terdedah kepada risiko sabotaj.

"Perakuan untuk mendakwa siapa sahaja tanpa campurtangan politik telah pun diberikan oleh pucuk pimpinan negara.


"Oleh itu tiada sebab mengapa usaha menghapuskan rasuah boleh gagal melainkan ada pihak yang sengaja mensabotaj hasrat ini," tegas beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Amidi lagi, kenyataan Ahmad Khusairi bahawa tahap korupsi membabitkan anggota penguatkuasa barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan perlu diambil serius.


Misalnya kebanjiran warga asing, kata Khusairi, telah dijadikan peluang besar oleh segelintir penguatkuasa yang tidak berintegriti untuk mengambil kesempatan meminta rasuah.


Khusairi turut berkata, pendedahan SPRM menerusi Op Tropicana, Op Bolos KLIA 1 & 2, Op Lancar serta beberapa siri operasi lain membuktikan isu tersebut serius dan memerlukan tindakan tegas agensi-agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.


Sementara itu, Amidi menyokong gesaan Ahmad Khusairi agar tindakan tegas dilaksana segera.


"Imej perkhidmatan awam juga akan menjadi buruk pada pandangan masyarakat awam lantaran penguatkuasa yang menjadi nila dan merosakkan susu.


"Keadaan gejala sosial yg semakin memburuk akibat sabotaj ini tidak boleh dipandang ringan. Kita perlu memperbaiki perkara ini sebelum parah," katanya lagi.


Tegas Amidi, rakyat mungkin boleh menerima keadaan yang telah berlaku pada kerajaan yang lalu. Namun perlu dipastikan, untuk ke hadapan perbuatan tersebut harus dihapus secepat mungkin tanpa memberikan sebarang alasan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page