top of page

Ambil pengajaran peristiwa korban dalam konteks perjuangan KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10
  • 1 min read
Nazri (belakang sekali) hadir dalam majlis korban KEADILAN Cabang Kemaman pada Aidiladha tahun ini
Nazri (belakang sekali) hadir dalam majlis korban KEADILAN Cabang Kemaman pada Aidiladha tahun ini

Anggota KEADILAN seharusnya mengambil ibrah atau pengajaran daripada ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini untuk memastikan perjuangan parti kekal mendapat sambutan serta disokong rakyat.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Ahmad Nazri Mohd Yusof, pengajaran utama daripada peristiwa korban tentulah pengorbanan serta ketaatan junjungan besar Nabi Ibrahim a.s berdasarkan wahyu mengarahkan baginda mengorbankan puteranya Nabi Ismail a.s.


Bagaimanapun dalam konteks kepartian, kata Nazri, perlu ada pengorbanan dan ketaatan kepada arahan pemimpin untuk menjamin parti kekal utuh dalam meneruskan agenda perjuangan.


Ahmad Nazri Mohd Yusof
Ahmad Nazri Mohd Yusof

"Korban mengajar kita erti ketaatan. Dalam konteks perjuangan parti, ketaatan kepada pemimpin itu penting bagi memastikan organisasi atau gerak kerja berjalan lancar.


"Jadi ahli KEADILAN sewajarnya bersama sama mengambil ibrah daripada peristiwa korban tahun ini untuk mengukuhkan disiplin parti serta meletakkan kepentingan atau agenda parti lebih besar daripada agenda peribadi," kata Nazri sewaktu ditemui dalam majlis korban KEADILAN Kemaman.


Menurut Nazri lagi, parti sebagai satu instrumen untuk membangunkan negara perlu mempunyai kekuatan dalam organisasi kerana KEADILAN merupakan peneraju kepada pentadbiran negara.


KEADILAN, kata beliau, seharusnya menjadi contoh kepada parti lain.


Oleh itu, katanya, peristiwa Pemilihan 2025 lalu seharusnya telah menjadi lipatan sejarah dan anggota menetapkan hala tuju ke arah perjuangan lebih besar menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada hujung tahun ini, juga beberapa PRN lain di Melaka, Johor dan Sarawak.


"Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli agar terus bergerak ke hadapan dan move on dari peristiwa sebelumnya, kerana kita ada agenda lebih besar untuk memastikan rakyat terus maju dan terhindar daripada anasir yang sekarang ini cuba memporak perandakan negara," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page