top of page

Ambil iktibar krisis lalu, matang berpolitik, utamakan rakyat



Krisis politik yang dilalui negara sepanjang penggal 2018 - 2022 seharusnya dijadikan sempadan oleh ahli ahli politik pada penggal ini.


Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH - Ledang) berkata, para pemimpin kerajaan serta pembangkang seharusnya mengambil iktibar daripada nasihat Yang di-Pertuan Agong pada sesi pembukaan Dewan Rakyat semalam bagi menjaga kestabilan kerajaan yang terbentuk sehingga PM tidak perlu diganti sekali lagi di pertengahan penggal.


"Saya ambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam. Pada pendapat saya titah itu unik dan berbeza. Ada ciri ciri kenegarawanan, kebijaksanaan dan menyentuh perasaan.


"Apabila Tuanku Agong menitahkan Baginda hanya melaksanakan amanah dan janji yang Baginda lafaz dan ikrarkan, maka saya percaya itu antara sebabnya Baginda bercakap dari hati. Baginda mengungkapkan pengalaman yang sukar dilupakan. 4 PM dan 4 jemaah menteri yang berbeza, dan parlimen tergantung selepas PRU 15.


"Kita pun sama dulu kerajaan, kemudian pembangkang, kemudian kerajaan. Dulu menteri kemudian tidak, kemudian menteri semula walaupun berubah kerajaan.


"Namun atas kebijaksanaan Tuanku maka terlerai kekusutan tersebut satu per satu dan kini terzahirnya Kerjaaan Perpaduan. Daulat Tuanku," katanya dalam sesi petang perbahasan Dewan Rakyat.


Sehubungan itu menurut Syed Ibrahim, tempoh ke hadapan haruslah digunakan oleh Ahli Parlimen atau pemimpin politik untuk memikirkan cara membawa Malaysia menjadi negara maju dan dihormati sebagaimana pada dekad terdahulu.


"Potensi negara kita cukup banyak, sumber alam, bakat rakyat kita dalam teknologi, sukan, dasar luar yang dihormati, lokasi strategik dan ada tarikan pelaburan.


"Ini potensi yang ada jika diurus dengan baik, bakal menjamin masa depan yang baik untuk rakyat dan negara.


"Juga adanya isyarat berlaku pemulihan ekonomi iaitu matawang ringgit yang bertambah kukuh, 5.35 berbanding dolar. Tahun lepas hampir RM5 untuk AS$1. Ringgit juga turut kukuh berbanding matawang rakan dagang. Kadar infasi terkawal serta kadar pengangguran menurun," katanya.


Namun Syed Ibrahim mengingatkan agar kerajaan tidak leka dengan angka angka yang hebat kerana terdapat pelbagai cabaran yang akan menanti dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada 2023.


Justeru, katanya tumpuan harus diberikan kepada rakyat yang masih bergelut dengan kenaikan kos hidup, hutang, ketiadaan kerja serta jurang pendapatan meluas antara kota dan desa.


"Kita masih hadapi kesenjangan jurang pendapatan antara wilayah, Sabah, Sarawak dan kota, desa. Kita masih berjuang dengan skandal rasuah dan birokrasi. Penyelesaiannya tidak mudah dan mengambil masa. Subsidi bersasar untuk petrol dan bantuan lain.


"Pada pendapat saya dengan adanya subsidi bersasar ini akan berlaku penyelesaian baik dalam membantu golongan yang disasarkan supaya memberi faedah untuk pihak yang ditujukan," katanya lagi.


Syed Ibrahim juga menyentuh mengenai dasar negara Madani yang perlu difahami oleh semua sebagai konsep masyarakat bertamadun yang akan membawa Malaysia ke era baharu yang mementingkan hak asasi dan maruah manusia dipelihara.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page