
Tular sekeping foto Menteri bersama orang yang bermasalah melakukan jenayah bukan bermakna mengenali individu berkenaan.
Itu jawapan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil apabila tular foto lama beliau di restoran bersama seorang individu yang didakwa ketua kongsi gelap dari negara China di media sosial kebelakangan ini.
Katanya, ramai yang terserempak akan minta untuk ambil gambar dan tidak semestinya beliau mengenali individu berkenaan.
Fahmi turut memaparkan beberapa foto lain yang diambil bersama orang ramai di lokasi lokasi awam.

Mengulas hal yang ditimbulkan oleh laman web Agendadaily berkenaan, mantan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meninggalkan komen, bergambar dengan pelbagai orang membuktikan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan tersebut dikenali ramai, bukan sebaliknya.
"So, memang Fahmi Fadzil terkenal dengan khidmat dia pada rakyat sebab tu pergi mana2 ramai nak ambil gambar. Apa masalahnya?" kata Shamsul.

Seorang netizen lain Nik Hafizul Nik Kar meninggalkan komen menyalahkan laman web berkenaan yang mencari publisiti murah dan menimbulkan ketidaktenteraman.
"Kini sudah terang lagi bersuluh puak mana yang gemar membuat propaganda & fitnah sehingga menimbulkan keadaan x tenteram dlm negara..
"Bila dia memerintah,semua jd maksum..
"Dasar penunggang.!" katanya.
Comments