top of page

Ambil alih tanah: Penduduk Kg Sg Baru mohon campurtangan PM



Penduduk Kampung Sungai Baru, di Kampung Bharu, Kuala Lumpur mendakwa mereka dianiaya apabila diarahkan mengosongkan kediaman menjelang pertengahan Januari depan.


Ahli Jawatankuasa bertindak penduduk, Asyraf Johari dalam satu sidang media hari ini berkata satu notis dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bertarikh 19 Disember telah diserahkan supaya penduduk berpindah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diterima.


Jelasnya tempoh singkat diberikan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan itu tidak berperikemanusiaan terutama ada penduduk yang dakwanya masih belum menerima pampasan walaupun telah diserahkan borang K iaitu notis milikan tanah atau peletkhakan petak telah diambil.


"Wang pampasan yang tidak setimpal diterima penduduk baru seminggu yang lepas. Dalam masa 30 hari bagaimana penduduk terbabit mahu menyewa atau membeli rumah


"Ada yang tidak menerima wang pampasan telah menerima borang K. Ada yang sudah terima pampasan, tapi apabila nak ditunaikan di pejabat Amanah Raya, wang tersebut tiada.. ini tak masuk akal," dakwanya.


Asyraf juga berkata, pihaknya telah membuat rayuan kepada agensi terbabit supaya tempoh untuk penduduk berpindah dilanjutkan sekurang-kurangnya 6 bulan lagi bagi memudahkan penduduk membuat persediaan.


Namun jelasnya, beliau kecewa rayuan itu ditolak dengan alasan arahan itu dibuat pihak atasan.


"Kami tak menolak pembangunan, tapi ia harus dilakukan dengan proses-proses yang ditetapkan seperti mengadakan perbincangan dengan penduduk dan sebagainya, dan ianya tidak dilakukan.


"Ia hanya beri ruang untuk pemaju mencari keuntungan," tambahnya sambil berharap kerajaan yang baharu dibentuk dapat menyemak semula akta berkenaan supaya tidak menekan pemilik tanah.


Difahamkan, sebanyak 72 unit rumah flat dan 37 rumah teres milik penduduk telah diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 21 Jun 2021 iaitu ketika seluruh negara dikenakan perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19


Bayaran pampasan dibuat dalam lingkungan RM198,000 hingga RM350,000 mengikut prinsip Jadual Pertama, APT 1960.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page